• Hubungi Kami
    +603-8888-0248
  • Hantarkan Kami
    pengetua@smkpp16.edu.my
  • SPM Countdown

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1) menyediakan perkhidmatan terbaik berfokuskan perkembangan potensi murid yang dinamik dan holistik ke arah melahirkan sahsiah unggul dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara

MURID

Memastikan setiap murid mendapat peluang pendidikan dan layanan sama rata serta berkualiti.
Memastikan kemenjadian murid dari aspek kepimpinan, kerohanian dan sahsiah terpuji.
Memastikan murid mendapat kemahiran asas ICT setelah tamat persekolahan.
Mewujudkan peluang yang luas untuk perkembangan bakat dan potensi murid dalam bidang kokurikulum.

GURU DAN STAF

Memastikan guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesionalisme, pedagogi dan teknologi pendidikan ke arah mencapai kecemerlangan pendidikan abad ke - 21. Menjalankan tugas dengan berpandukan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

IBU BAPA DAN KOMUNITI

Mewujudkan jalinan dan jaringan kerjasama serta hubungan mesra antara guru, ibu bapa dan komuniti melalui Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG).

STAKEHOLDERS

Berusaha dan memberi sokongan terhadap program Jabatan Pendidikan WP Putrajaya (JPWPP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sentiasa mematuhi dan akur terhadap tugas dan arahan JPWPP, KPM dan bertindak dalam masa yang ditetapkan. Berusahha meningkatkan imej sekolah sebagai SEKOLAH TRANSFORMASI dan SEKOLAH LESTARI STEM yang cemerlang dari kaca mata dunia pendidikan khasnya dan peringkat global amnya.