"Selamat datang kembali ke sekolah! Isnin 17 Feb ini, kita melangkah dengan penuh semangat dan cita-cita. Di sinilah tempat kita menempa masa depan yang gemilang. Bersama-sama, kita akan mencipta kenangan indah, belajar perkara baharu, dan mengejar impian kita. Ingatlah, setiap usaha dan dedikasi yang anda berikan tahun ini akan membawa kejayaan esok. Mari kita mulakan langkah pertama ke arah kejayaan, bermula 17 Feb 2025!"

SPM Countdown

Majlis Pelancaran 20 Karakter Sahsiah STO 2025: Disiplin Asas Kecemerlangan

event

Majlis Pelancaran 20 Karakter Sahsiah STO 2025: Disiplin Asas Kecemerlangan

SMK Putrajaya Presint 16(1) telah mengadakan Majlis Pelancaran 20 Karakter Sahsiah STO 2025 pada 20 Februari 2025 (Khamis), jam 7:30 pagi bertempat di Dewan Perdana STO. Program ini dianjurkan oleh Unit Disiplin & Pengawas Sekolah, dengan tema “Disiplin Pemangkin Kecemerlangan”, menekankan pentingnya disiplin sebagai asas kejayaan dalam kalangan pelajar.